Adakah Memotong Rambut Dengan Bukan Muslim Dibolehkan

Adakah Memotong Rambut Dengan Bukan Muslim Dibolehkan

Adakah Memotong Rambut Dengan Bukan Muslim Dibolehkan, Ini Penjelasannya | Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Aurat itu terbahagi kepada dua kategori, iaitu aurat solat dan aurat ru’yah. Aurat solat ialah yang wajib ditutup sebagai syarat sah solat. Bagi perempuan ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Manakala, untuk aurat ru’yah pula ialah lebih umum dan luas dari aurat ketika di dalam solat. Ia terbahagi kepada aurat dengan sesama jantina, aurat dengan mahram dan aurat dengan ajnabi serta bukan mahram.

1 – Tidak Harus

Menurut jumhur ulama’ daripada Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’e mengatakan bahawa, wanita Islam tidak harus membuka auratnya di hadapan wanita bukan Islam dan juga lelaki yang bukan mahram.

Hal ini ada diterangkan melalui surah An-Nur, ayat ke-31 yang disebut, iaitu;

“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka …”

Maka, para tafsir menyebut bahawa, adalah tidak dibolehkan membuka aurat di hadapan wanita bukan Islam termasuk dengan menggunting rambut di salun mereka.

2 – Harus

Namun, wujud khilaf ulama’ mengenai persoalan ini, iaitu dalil pengharaman menunjukkan aurat di hadapan mereka yang bukan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW adalah kerana pada zaman tersebut ramai yang tidak memahami keperluan umat Islam lagi.

Maka, adalah paling utama jika umat Islam sendiri yang berusaha untuk menjaga maruahnya dengan tidak membuka auratnya di hadapan bukan Islam.

Hal ini kerana, bimbang jika wanita Yahudi atau bukan Islam pada zaman tersebut menceritakan aib ini kepada kaum lelaki atau suaminya.

Namun, jika dilihat kini, masing-masing sudah memahami keperluan umat Islam, ditambah pula apabila berada dalam golongan masyarakat majmuk.

Malah, banyak salun yang sudah memahami keperluan perempuan, iaitu melakukannya dalam keadaan atau bilik yang tertutup dan menjaga hak-hak yang diinginkan.

Maka, sebahagian ulama’ ini termasuk sebahagian ulama’ Mazhab Syafi’e mengatakan bahawa tiada masalah untuk bertaqlid (menggunakan) berpegang dengan pendapat ini bagi memudahkan urusan masing-masing.

Kesimpulan

Oleh itu, jika terdapat salun atau kedai gunting rambut yang dimiliki oleh orang Islam, maka adalah lebih baik untuk menggunakan perkhidmatan mereka di samping dapat membantu memajukan umat Islam sendiri.

Jika berada di negara yang sukar untuk mendapatkan perkhidmatan gunting atau cuci rambut dengan bukan Islam, maka adalah tidak mengapa untuk bertaqlid dengan pendapat yang kedua.

Yang paling penting ialah menitikberatkan bahan-bahan yang digunakan sama ada halal atau haram dan juga menjaga maruah sendiri. Wallahu a’alam.

Rujukan: Mufti Penang, Ustaz Azhar Idrus

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat