Kisah Mukjizat Nabi Musa AS Yang Buat Kita Teruja

Kisah Mukjizat Nabi Musa AS Yang Buat Kita Teruja

Info Sejarah : Kisah Mukjizat Nabi Musa AS Yang Buat Kita Teruja | ♡ Tadabbur Kalamullah ♡

ولقد آتينا موسى تسع آيات بينات فاسأل بني إسرائيل إذ جاءهم فقال له فرعون إني لأظنك يا موسى مسحورا

“Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Nabi Musa sembilan mukjizat yang jelas nyata (membuktikan kebenarannya); maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada Bani Israil (tentang itu):

Ketika Nabi Musa datang kepada Firaun dan kaumnya (serta menunjukkan mukjizatnya), lalu berkatalah Firaun kepadanya: “Sesungguhnya aku fikir, engkau ini wahai Musa, seorang yang terkena sihir” [Surah Al-Israk 101]

#Menurut Ibnu Abbas dlm Tafsir Ibnu Kathir, mukjizat2 yg diberikan kpd nabi Musa ialah:

1.Tongkat yg bertukar menjadi ular, 2.Tangan yg bercahaya, 3.Musim kemarau, 4.Membelah laut merah, 5.Taufan, 6.Belalang, 7.Kutu, 8.Katak, 9.Darah

#Mukjizat (المعجزات- perkara yang menyebabkan lawan menjadi lemah) ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para Nabi dan Rasul.

#Mukjizat ialah perkara luar biasa yang mencarik adat atau khariqul adat (خارق العادة) iaitu sesuatu yang menyalahi kebiasaan manusia biasa.

# Mukjizat berlaku secara spontan dengan izin Allah. Tiada siapa, termasuk Nabi atau Rasul yang melakukannya mampu menghasilkan satu mukjizat sendirian tanpa izin Allah. Mukjizat tidak diperoleh melalui pembelajaran.

#Allah swt telah menjadikan bagi setiap Nabi mukjizat yang bersesuaian dengan zaman mereka.

♡ al-Quran adalah mukjizat agung bagi umat Nabi Muhammad saw.

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

MOHON SUBSCRIBE CHANNEL NASIHAT USTAZ, SEMOGA ADA AMALAN KITA UNTUK HARI INI, JOM BUAT SAHAM UNTUK AKHIRAT