[Ketahui] T̷ips Kebah̷agiaan Rum̷ahtangg̷a Meng̷ikut Aj̷aran Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik untuk kita belajar bagaimana hendak menjadikan sesebuah keluarga itu bahagia dan hidup dalam harmoni, meneladani sunnah Nabi dalam mengelola dan menakhodai kehidupan rumah-tangganya.

Ucapan, tindakan, serta sikap Nabi dalam membina dan mengelola rumah-tangganya merupakan contoh terbaik bagi para suami, kapan dan di mana pun.

Sebuah pepatah mengatakan, “Jika kamu ingin istrimu menjadi seperti Khadîjah, maka jadilah kamu seperti Muhammad untuknya!” Nabi kita Saw. memang merupakan teladan ideal tentang bagaimana seharusnya seorang suami memperlakukan istrinya.

Mari kita lihat bagaimana cara untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara suami isteri mengikut sunnah Nabi.

Tidur satu selimut bersama isteri

Walaupun kadang kala menghadapi krisis rumahtangga, pastikan anda berdua sentiasa tidur bersama, jangan disebabkan krisis pada siang hari terbawa-bawa hingga ke malam sampai ke tempat tidur, sebaiknya elakkan dari perkara ini berlaku, tidur lah satu bantal dan satu selimut bersama isteri anda, pujuk lah dia, dan meminta maaf sebelum tidur agar nanti malam anda tidak terganggu.

Memakai wangi-wangian

Tidak kira lah suami atau isteri, sebaiknya amalkan memakai wangi-wangian bila berada di samping padangan, supaya nanti pasangan merasa selesa dan nyaman apabila mendampingi anda. Jangan pula pakai wangian sehingga satu rumah berbau wangi, cukup saja sedikit dan dapat dihidu suami.

Mandi bersama isteri

Mungkin perkara ini jarang-jarang dilakukan, tetapi untuk mengeratkan lagi silaturrahim tu, raj1nkan d1ri untuk mandi bersama pasangan, kejutkan dia diawal pagi dan ajak mandi bersama. setelah itu solat lah subuh bersama.

Menyikat rambut suami

sebelum suami turun kerja, ambil sikat dan sikat lah rambut dia, uruskan baju dan makan pagi suami. Jangan abaikan rutin ini kerana ianya mampu membuatkan suami anda bertambah sayang dan teringatkan anda sepanjang dia di tempat kerja.

Membantu isteri di dapur

Ada segelintir suami yang beranggapan bahawa kerja dapur adalah tanggungjawab isteri sepenuhnya, tetapi jika mengikut sunnah Nabi, sebanrnya kerja-kerja rumah ialah tanggungjawab suami. Tetapi oleh kerana suami zaman sekarang banyak mengahabiskan masa di pejabat, maka kerja rumah menjadi tanggungjawab isteri sepenuhnya. Tetapi jangan sampai suami langsung tidak membantu. Isteri adalah pendamping suami bukan lah orang gaji.

Minum bergantian pada tempat yang sama

Sungguh romantik cara ini, kalau orang zaman emak bapa kita dulu selalu melarang isteri minum sebelum suami, tidak manis katanya.Tetapi tidak pada zaman Nabi kita dahulu dimana isteri dahulu minum dan suami turut minum pada tempat yang sama. Ternyata Nabi kita dahulunya seorang yang sangat romantik kan?.

Membel4i isteri

Walaupun penat bekerja, jangan lupa untuk bermanja dengan isteri. Isteri juga penat melakukan kerja seharian dirumah. Sesekali belai isteri apa salahnya kan?

Memanggil dengan kata-kata mesra

Panggilah dengan panggilan-panggilan mesra, contohnya seperti “sayang” “abang” “honey”. Walaupun nampak ringkas, ianya mampu mengikat kasih sayang suami isteri.

Berjalan berpegangan tangan

Walaupun perkahwinan anda berdua mencecah 40 atau 50 tahun sekalipun, peganglah tangan pasangan, pimpin erat tangan apabila keluar berjalan, jangan malu kerana dia adalah pasangan halal buat anda.

Beberapa tips diatas mungkin dapat membantu anda dalam membina keluarga yang bahagia dan harmoni. Rasulullah S.A.W adalah satu contoh terbaik untuk kita, lihatlah bagaimana beliau melayan isteri dan anak-anak. Walaupun tidak sempurna, asalkan mencuba jadi yang terbaik. Yang paling penting ialah didikan agama. Jangan tinggal solat dan berdoalah sentiasa agar keluarga kita berada di dalam redha NYA.

SUmber: Rahsia ya / By mediaportal

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini