[Ketahui] Muda Lagi Tapi Dah Beruban? Ini Mungkin Sebabnya!

Semua orang pasti akan melalui hari-hari tua mereka. Bagi anda yang mahu ‘kekal muda remaja,’ terimalah hakikat yang mana tiada siapa boleh melawan masa.

Antara ciri yang sering dikaitkan dengan usia tua ialah rambut mula beruban. Folikel rambut di bawah kulit kepala kita juga melalui proses penuaan.

Semakin tua usia kita, semakin kurang jumlah melan1n (pigmen yang memberikan warna kepada rambut asli kita) yang dihasilkan oleh folikel berkenaan. Hasilnya ialah rambut yang berwarna putih atau kelabu.

Bukan semua orang melalui proses ini pada waktu yang sama. Saintis belum lagi mampu mencari penjelasan, tetapi satu persetujuan sebulat suara telah dicapai: genetik ialah faktor terbesar yang mempercepatkan masalah rambut beruban berbanding faktor lain.

‘Kelajuan’ ini bergantung kepada bangsa. Kebiasaannya, bangsa Caucasian (orang putih) mula beruban ketika berumur di pertengahan 30-an; orang Asia di penghujung 30-an; manakala orang berkulit hitam mula beruban di usia pertengahan 40-an.

Menurut WebMD, lebih setengah daripada semua orang mempunyai uban yang banyak sebelum mereka mencecah usia 50 tahun.

Bagaimanapun, bagi sesetengah individu, proses penu4an folikel rambut mereka berlaku lebih awal daripada orang lain.

Itu sebabnya jika anda perasan, ada anak-anak muda yang masih di awal usia 20-an tetapi sudah beruban.

Kebanyakan kes ini disebabkan oleh faktor genetik tetapi ada lagi faktor lain yang dikaitkan dengan gaya hidup dan tabiat.

Di bawah ini ialah 4 faktor utama rambut anda mula beruban lebih awal daripada yang disangka.

1. Masalah kesihatan

Penyak1t auto1mun akan menyera14ng sel-sel dalam badan, termasuklah folikel rambut yang membolehkan rambut anda beruban secara pramatang.

Selain itu, ada juga penyebab lain yang berkaitan dengan kesihatan. Menurut WebMD, “kekurangan vitamin B12 atau masalah yang melibatkan kelenjar pitu1tari atau t1roid boleh menyebabkan penuaan pram4tang.”

Tetapi jika diubati, kesan fizikal masalah ini (termasuklah rambut beruban) boleh diatasi.

Walau bagaimanapun, rambut beruban pr4matang yang disebabkan oleh masalah kesihatan dianggap sebagai sesuatu yang jarang berlaku.

Foto: Mother Nature Network

2. Tabiat mer0kok

Ya, ia bukan sahaja memb4hayakan kesihatan paru-paru, tetapi juga rambut!

Menurut seorang pakar kulit, merokok ialah salah satu perkara paling te ruk yang anda lakukan terhadap kulit dan rambut anda.

“Anda mungkin tidak boleh nampak kedut4n di kulit kepala anda, tetapi ia masih memberi kesan kepada folikel rambut anda.”

Bagaimanapun, impaknya tidaklah sekuat impak yang disebabkan oleh masalah genetik. Jika rambut beruban pramatang bukannya sesuatu yang disebabkan oleh keturunan keluarga anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Nilai kesihatan t1roid dan kadar vitamin dalam badan serta periksa sama ada anda mengalami peny4kit anem1a (kekurangan sel dar4h merah atau hem0globin) atau tidak.

3. Stre3s yang kr0nik

Topik ini sering diperdebatkan, tetapi sesetengah kajian telah menjumpai kaitan di antara tek4nan dan rambut beruban.

Di dalam satu kajian yang dijalankan oleh pakar biologi sel di Universiti New York, penyelidik mendapati terdapat pengurangan folikel rambut menerusi sel stem tikus yang diletakkan di dalam keadaan yang tertekan.

Hakikatnya tidak banyak kajian mengenai kaitan di antara stres dan rambut beruban pramatang yang sudah dilakukan. Namun begitu, terdapat banyak bukti anekdot yang mencadangkan adanya kaitan yang kuat.

4. Kekurangan vitamin

Seperti yang disebutkan di atas, kekurangan vitamin B12 boleh mempercepatkan proses rambut beruban. Individu yang mengamalkan diet vegetarian dan vegan juga berisik0 lebih tinggi disebabkan oleh kekangan pengambilan makanan mereka.

Mereka yang mengambil pil pencegah keh4milan dan mereka yang ada masalah pencernaan atau gastrointestinal juga lebih cenderung untuk mengalami masalah rambut beruban pr4matang.

Jika anda mengalami rambut beruban di usia muda dan tidak memakai tudung, anda tidak perlu segan silu. Ramai orang di serata dunia yang melalui situasi ini sudahpun menerima kenyataan.

Sumber: Hijab n heel

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini