[Ketahui] Cara Betul Untuk Ibu Mengandung Pakai Tali Pinggang Keledar, Kurangkan Impak Kem4langan!

Cara sebenar pemakaian tali pinggang keledar untuk ibu mengandung.

Pemakaian tali pinggang keledar adalah amat penting tidak kiralah sama ada untuk dewasa ataupun kanak-kanak bagi mengelak daripada sebarang benc4na daripada berlaku.

Malah dengan memakai tali pinggang keledar juga mampu melindungi setiap penumpang terutama sekali jika berlaku kecem4san ketika memandu.

Ibu mengandung juga tidak terkecuali daripada mematuhi peraturan ini supaya kandungan dan kesihatan ibu terjamin.

Namun tidak dinafikan, ramai dalam kalangan ibu hamil yang masih tidak menitik beratkan peraturan ini dan memakai tali pinggang keledar dengan cara yang salah.

Berikut disenaraikan cara yang betul dan betapa pentingnya untuk ibu hamil memakai tali pinggang keledar semasa berada dalam kereta.

1.TALI PINGGANG BAWAH PERUT

Bahagian melintang tali keledar keselamatan sepatutnya berada di bawah perut ibu hamil, lurus dan tidak terbelit.

Ini untuk memastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung/pelvis dan tidak kena secara terus pada perut.

Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan keceder4an pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rah1m sendiri.

2. SENTIASA PAKAI TALI PINGGANG KELEDAR KESELAMATAN

Walaupun anda adalah penumpang yang duduk di belakang, semasa nak adjust tali keledar tu angkat perut sikit dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus dan berada di atas paha tetapi di bawah perut

3. PASTIKAN TALI PINGGANG KETAT

Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.

Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah buah d4da ibu.

4. KEDUDUKAN STERENG

Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit.

5. TEGAKKAN KERUSI ANDA SEBANYAK YANG MUNGKIN

Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang menceder4kan rah1m dalam kem4langan.

Kerusi pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara (airbag)

Tak payah beli pelbagai produk atau sponge untuk lindungi perut kononnya dapat melindungi rah1m kalau berlakunya kem4langan.

Kajian menunjukan penggunaan tali pinggang keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan keceder4an kepada orang mengandung tanpa menggunakan produk tambahan.

Jangan bila mengandung sahaja sibuk nak pakai tali keledar.

Tak mengandung pun tetap kena pakai juga.

Jangan pula terkial kial baru hendak pasang tali keledar keselamatan bila nampak abang polis atau JPJ.

Malang tak berb4u, kalau sudah ditakdirkan akan berlaku kem4langan seharusnya kita sudah mengambil langkah yang sewajarnya ini kerana dengan penggunaan tali pinggang keledar keselamatan sekurang-kurangnya dapat mengurangkan impak kemalangan.

Ingat ya… Perut yang besar itu tidak berfungsi sebagai ‘airbag’.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini