Hukum Mengejutkan Orang Tidur Untuk Menunaikan Solat

Hukum Mengejutkan Orang Tidur Untuk Menunaikan Solat

Hukum Mengejutkan Orang Tidur Untuk Menunaikan Solat, Ini Penjelasannya | SOALAN : Pasti ramai antara korang yang sentiasa bangun awal pagi untuk menunaikan solat subuh.

Jadi, adakah wajib kita mengejutkan orang lain yang sedang tidur untuk bangun menunaikan solat pada waktu tersebut?

JAWAPAN : Berkata setengah ulamak membangunkan orang yang tidur kerana mengerjakan solat yang sunat itu sunat hukumnya dan membangunkan orang yang tidur kerana mengerjakan solat yang fardu itu wajib hukumnya apabila tidak ada orang lain selainnnya dan waktu solat telah masuk.

Ada pun jika belum masuk waktu solat yang fardu maka tidak wajib membangunkannya.

Berkata Imam As-Suyuthi :
وَأَمَّا إيقَاظُ النَّائِمِ الَّذِي لَمْ يُصَلِّ، فَالْأَوَّلُ وَهُوَ الَّذِي نَامَ بَعْدَ الْوُجُوبِ يَجِبُ إيقَاظُهُ مِنْ بَابِ النَّهْي عَنْ الْمُنْكَرِ. وَأَمَّا الَّذِي نَامَ قَبْلَ الْوَقْتِ فَلَا، لِأَنَّ التَّكْلِيفَ لَمْ يَتَعَلَّقْ بِهِ، لَكِنْ إذَا لَمْ يُخْشَ عَلَيْهِ ضَرَرٌ فَالْأَوْلَى إيقَاظُهُ لِيَنَالَ الصَّلَاةَ فِي الْوَقْتِ

Artinya : “Dan ada pun membangunkan orang yang tidur yang belum solat maka jika telah masuk waktu maka wajib hukumnya kerana masuk dalam bab mencegah kemunkaran.

Dan ada pun yang sedang tidur dan waktu belum masuk maka tidak wajib membangunkannya kerana sungguhnya taklif syarak tidak berlaku atasnya.

Akan tetapi apabila dikhuatiri atasnya mudarat seperti terlajak maka yang lebih utama ialah membangunkannya supaya mendapat ia akan sembahyang di dalam waktu.” (Kitab Asybah Wa An-Nazha’ir) Wallahua’lam.

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat