Hukum Isteri Keluar Rumah

Hukum Isteri Keluar Rumah Tanpa Izin Suami

WANITA WAJIB BACA !! Hukum Isteri Keluar Rumah Tanpa Izin Suami | Peringatan bagi para istri, bila keluar rumah wajib izin suaminya. Kenapa demikian, berdosakah, bagaimana hukum istri keluar rumah tanpa izin suami?

Allah perintahkan agar para wanita lebih banyak tinggal di dalam rumah. Kerana rumah adalah hijab yang paling syar’i baginya. Allah berfirman,

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

Tetaplah tinggal di rumah kalian, dan jangan melakukan tabarruj seperti tabarruj jahiliyah yang dulu… (QS. al-Ahzab: 33)

Allah gandengkan perintah untuk banyak tinggal di rumah dengan larangan melakukan tabarruj. Kerana umumnya, wanita akan lebih rentan melakukan tabarruj jika dia sudah sering keluar rumah.

Mengenai tabarruj boleh Anda baca dalam ulasan pengertian tabarruj dan larangan melakukannya.

Kerana itu, para wanita diperintah untuk banyak tinggal di dalam rumah. Dan ketika hendak keluar rumah, mereka harus meminta izin kepada suaminya. Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا اسْتَأْذَنَكُمْ نِسَاؤُكُمْ بِاللَّيْلِ إِلَى الْمَسْجِدِ فَأْذَنُوا لَهُنَّ

Apabila isteri kalian meminta izin kepada kalian untuk berangkat ke masjid malam hari, maka izinkanlah… (HR. Ahmad 5211, Bukhari 865, dan Muslim 1019)

Al-Hafidz Ibnu Hajar memberikan catatan untuk hadis ini,

قال النووي واستدل به على أن المرأة لا تخرج من بيت زوجها إلا بإذنه

An-Nawawi mengatakan, hadis ini dijadikan dalil bahwa wanita tidak boleh keluar dari rumah suaminya kecuali dengan izinnya. (Fathu Bari, 2/347).

Ketika Aisyah sakit dan ingin ke rumah bapaknya Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu, beliau minta izin kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

أَتَأْذَنُ لِى أَنْ آتِىَ أَبَوَىَّ

“Apakah anda mengizinkan aku untuk datang ke rumah bapakku?” (HR. Bukhari 4141 dan Muslim 7169)

Kecuali dalam keadaan terpaksa, yang mengharuskan wanita keluar rumah, tanpa harus meminta izin suami kerana kesulitan jika harus meminta izin kepadanya.

Musthafa ar-Ruhaibani mengatakan,
ويحرم خروج الزوجة بلا إذن الزوج أو بلا ضرورة ، كإتيانٍ بنحو مأكل ; لعدم من يأتيها به

Seorang isteri diharamkan untuk keluar tanpa izin suami, kecuali kerana alasan darurat. Seperti membeli makanan, kerana tidak ada yang mengantarkan makanan kepadanya. (Mathalib Ulin Nuha, 5/271)

Dan izin tidak harus dilakukan berulang. Isteri boleh meminta izin umum untuk aktiviti tertentu, misalnya semua aktiviti hantar jemput anak, atau ke warung terdekat atau pergi ke tempat kajian muslimah, atau semacamnnya.

Dengan ini, isteri tidak perlu mengulangi minta izin untuk melakukan aktiviti yang sudah mendapat izin umum dari suami.

Demikian pembahasan mengenai hukum isteri keluar rumah tanpa izin suami, semoga bermanfa’at. Allahu a’lam.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat