Hukum Bantu Orang Buat Perkara Maksiat

Hukum Bantu Orang Buat Perkara Maksiat

Hukum Bantu Orang Buat Perkara Maksiat, Ini Peenjelasannya | SOALAN Pasti ada antara korang yang memiliki perniagaan untuk membuat banner.

Jadi, apakah hukumnya jika menerima tempahan banner untuk pertandingan menari yang kebiasaan para pesertanya tidak menutup aurat.

JAWAPAN : Menutup aurat adalah wajib dan membukanya di khalayak ramai adalah haram lagi maksiat yang dilarang oleh agama.

Oleh kerana itu pertandingan yang tuan maksudkan itu adalah satu majlis maksiat maka menolong dengan apa sahaja bentuk pertolongan kepada majlis maksiat seperti itu adalah haram dan berdosa.

Berkata Syeikh Ibnu Hajar :
ووسيلة الطاعة طاعة كما أن وسيلة المعصية معصية

Artinya : “Dan perantaraan kepada perkara taat itu adalah satu ketaatan seperti mana perantaraan kepada perkara maksiat juga adalah satu maksiat.” (Kitab Tuhfah Al-Muhtaj)

Telah berkata Syeikh Muhammad Bafadhal As-Syafie :
و) منها (الإعانة على المعصية) أى على معصية من معاصى الله بقول أو فعل أو غيره ثم إن كانت المعصية كبيرة كانت الإعانة عليها كبيرة كذلك كما فى الزواجر قال فيها وذكرى لهذين أى الرضا بها والاعانة عليها

Artinya : “Dan setengah dari perkara dosa itu ialah menolong perkara maksiat dari segala jenis maksiat terhadap Allah samada dengan perkataan atau perbuatan atau lainnya.

Jika maksiat itu dosa besar maka menolong atasnya juga dosa besar sebagaimana tersebut pada kitab Az-Zawajir yang disebut padanya redha dengan maksiat dan menolong atas perkara maksiat.” (Kitab Is’adu Ar-Rafiq)

KESIMPULAN : Majlis tari menari yang mana ada padanya perempuan atau lelaki yang mendedahkan aurat adalah haram dan dikira sebagai majlis maksiat.

Pekerjaan membuat iklan untuk untuk majlis maksiat adalah satu maksiat dan pendapatan yang diperolehi daripadanya adalah haram. Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat