Doa Bagi Orang Yang Telah Dizalimi

Doa Bagi Orang Yang Telah Dizalimi

Doa Bagi Orang Yang Telah Dizalimi, Silakan Share Agar Anda Juga Mendapat Pahala Ibadah Menyebarkan Ilmu Agama | Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu. Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Apa khabar pembaca? Saya doakan kalian semua diberikan kesihatan dan kegembiraan di samping keluarga tercinta.

Ok! kali ni saya nak sedikit tentang hukum tidak bertanya khabar dengan sahabat melebihi tiga hari. Sebaiknya kita jangan ambil mudah dengan pekara ini.

اَللَّـهُ أكْبَرُ ، اَللَّـهُ أَعَزُّ مِنْ خَلْقِهِ جَمِيعاً ، اَللَّـهُ أَعَزُّ مِمَّا أَخَافُ وَ أَحْذَرُ ، أَعُوذُ بِاللَّـهِ الَّـذِي لا إلَهَ إلاَّ هُوَ ، الـمُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ أَنْ يَقَعْنَ عَلَى الأَرْضِ إلاَّ بِإذْنِهِ ، مِنْ شَرِّ عَبْدِكَ فُلانٍ ، وَجُنُودِهِ وَ أَتْبَاعِهِ وَأَشْيَاعِهِ ، مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ ، اللَّـهُمَّ كُنْ لِي جَاراً مِنْ شَرِّهِمْ ، وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ وَعَزَّ جَارُكَ وَتَبَارَكَ اسْمُكَ ، وَ لا إِلَهَ غَيْرُكَ

Maksudnya : “Allah maha besar, Allah maha perkasa dari segala makhlukNya.Allah maha perkasa dari apa yang aku takutkan dan yang aku bimbangkan.Aku berlindung padaNya , yang tiada Rabb yang benar selain Dia,

Yang menahan tujuh langit agar tidak jatuh ke bumi kecuali dengan izinNya, dari kejahatan hambaMu Fulan sertabala tenteranya, pengikutnya dan pendukungnya, dari jenis jin dan manusia.

Ya Allah , jadilah Engkau pelindungku dari kejahatan mereka.Agunglah pujiMu, maka kuat perlindunganMu dan maha suci namaMu, tiada ilah yang berhak disembah melainkan Engkau » ( dibaca sebanyak tiga kali ) .

Petua Beramal Doa Apabila Takut Dizalimi, Silakan Share Agar Anda Juga Mendapat Pahala Menyebarkan Ilmu Agama, Amin Lazimnya manusia akan merasa takut terhadap sesuatu bahaya yang akan menimpanya samada gangguan manusia, atau makhluk yang lain.

Menerusi doa di atas Nabi s.a.w mengajar umatnya agar kita memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan-kejahatan pihak yang ditakuti itu.

Mereka mungkin memiliki pengikut dan penyokong dari jenis manusia ataupun makhluk halus, namun berbekalkan kepada keyakinan terhadap bantuan Allah, maka kita pasti akan diselamatkan.

Firman Allah dalam surah Yunus ayat ke 62 :

Maksudnya : Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat