Benar Atau Tidak Berjumpa Semula Kucing Kesayangan Di Syurga

Benar Atau Tidak Berjumpa Semula Kucing Kesayangan Di Syurga

Benar Atau Tidak Berjumpa Semula Kucing Kesayangan Di Syurga, Ini Penjelasannya | Diharapkan semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan buat anda.

Bagi mereka yang suka memelihara binatang peliharaan pula pasti sangat menyayangi mereka. Malah ada yang menganggap kucing sebahagian daripada keluarga.

Itulah peneman saat sunyi dan sedih. Ada pula yang bercakap dengan binatang dan mengharapkan mereka akan faham. Dan apabila mereka ma-ti, kehilangan mereka pasti dirasai.

Adakah kita akan berjumpa lagi dengan haiwan kesayangan di akhirat kelak?

Seperti yang telah diterangkan, proses pengadilan ke atas haiwan tidak sama seperti manusia. Selepas haiwan diqisas, mereka akan kembali menjadi tanah.

Abu Hurairah R.anhu, Rasulullah SAW bersabda,

Semua makhluk akan dikumpulkan pada hari kiamat, binatang, haiwan liar, burung-burung dan segala sesuatu, sehingga ditegakkan keadilan Allah, untuk memindahkan tanduk dari haiwan-haiwan bertanduk kepada yang tidak bertanduk (lalu dilakukan qisas).

Kemudian Allah berfirman, ” Kalian semua, jadilah tanah.” Di saat itulah orang kafir mengatakan, “Andai aku jadi tanah.” (HR. Hakim, no. 3231. Disahihkan oleh Ad-Zahabi)

Namun, ada perbualan menarik yang pernah berlaku antara seorang Arab Badwi dan juga Rasulullah SAW berkenaan hal ini.

Lelaki ini bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai unta. Adakah di syurga nanti ada unta?”

Lalu baginda menjawab.

“Wahai Arab Badwi, sekiranya Allah memasukkan kamu ke dalam syurga InsyaAllah, maka di dalamnya terdapat apa sahaja yang kamu kehendaki dan melazatkan pemandangan matamu”. (Rujuk Tafsir Al-Thabari, Ibnu Jarir – 2/641)

Jadi, usah risau sama ada anda akan berjumpa semula binatang kesayangan atau tidak. Yang perlu diutamakan adalah amalan yang telah diperintahkan oleh Allah. Kelak, jika anda masuk syurga, segala yang anda inginkan akan dikabulkan oleh Allah SWT. InsyaAllah.

Kami amat mengalu alukan maklum balas dari anda sekiranya terdapat mana-mana pendapat yang boleh dikongsikan bersama.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat