Barakah Jika Anak Sulung Anda Perempuan

Barakah Jika Anak Sulung Anda Perempuan

Ramai Yang Tidak Tahu! Barakah Jika Anak Sulung Anda Perempuan | “Keberkatan yang paling banyak bila anak itu ialah seorang perempuan,

Anak perempuan itu mendapat banyak Keberkatan daripada Allah سبحانه وتعالى Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم Bersabda, Diberkati oleh Allah سبحانه وتعالى yang anak pertamanya ,anak sulungnya itu ialah perempuan. Dapat Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم Kerana itu Para Salafus Solehin رضي الله عنهم وأرضاهم, kalau mereka sudah Kahwin,

Mereka memohon kepada Allah سبحانه وتعالى, Yaa Allah berikanlah anak aku yang pertama perempuan. Kenapa Para Salafus Solehin doa macam tu? kerana nak Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Sebab orang jahil dulu jika anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya kerana takut dihina. Tapi Allah سبحانه وتعالى nak Memuliakan apa yang mereka hina.

Bayi ini takkan keluar dari perut ibunya melainkan dengan Izin Allah. Bila lahir sahaja anak lelaki , Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Mudah mudahan kamu tolong ayah mu.

Tapi bila lahir sahaja anak perempuan, Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Aku Yang Menolong ayah mu. اللهم صل على سيدنا محمد . Inilah Barakah anak sulung perempuan “

– Murobbi Ad Da’ie IlaAllah Al Fadhil Al Ustaz Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى –

Sumber : Ezael Ismail

BACA JUGA : MAKANAN TELAH DIHURUNG SEMUT, ADAKAH SELAMAT DAN BERSIH DIMAKAN?

Mesti ramai tertanya persoalan ni kan. Makanan yang betul2 kita nak makan, baru tinggal tak sampai sejam, dah dihurung semut. Adoi.. Jadi, nak buang ke atau kuis2 semut tu dan terus makan?

Kami cadangkan, lebih baik untuk buang, jika banyak sangat semut yang dah kerumun.

Walaupun tabiat semut memang tidak seperti lalat, namun adakah kita pasti semut tidak merayap di tempat yang kotor sebelum menghurung makanan kita?

Tidak mustahil jika semut tersebut membawa bakteria dan kotoran lain pada kakinya. Sudah tentu, makanan yang telah dihurung oleh semut dalam kuantiti yang banyak harus diragui kebersihannya.

Oleh itu, elakkan menjamah makanan yang dihurung oleh semut dalam jumlah yang banyak .

Gunakan deria LIHAT, HIDU DAN RASA sebelum makan.

Jaga kebersihan. Elakkan keracunan makanan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mohon Subscribe Channel Nasihat Ustaz, Semoga Ada Amalan Kita Untuk Hari Ini, Jom Buat Saham Untuk Akhirat