Banyak Percer̷aian Yang Berlaku R̷ata-Ratanya Pas̷angan Tidak Melakukan Hal Ini. Inilah Rahsia Yang Pasangan Sering Tinggalkan

Pagi tadi lepas Solat Jemaah, belum sempat wirid tau tau wife saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga baby semalam kot. Takpela saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis. Lepas doa, saya nak bangun, tapi bila tengok balik muka wife yang keletihan ni, tak sampai hati nak kejut. Maka saya biarkan lah dia tidur kejap.

Keharmonian rumahtangga menjadi idaman bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin. Tetapi, dalam melayari bahtera perkahwinan, sudah menjadi lumrah andainya ada perselisihan faham antara pasangan. Apa yang merunsingkan ramai adalah cara untuk melembutkan hati pasangan khususnya yang sudah lama berkahwin. Asyik nak bergaduh sahaja macam mana nak bahagia? Oleh itu, jom kita baca perkongsian dan tips dari lelaki ini tentang cara ‘ajaib’ untuk melembutkan hati pasangan masing-masing.

PETUA AJAIB LEMBUTKAN HATI PASANGAN

Tengah duk termenung sambil tenung muka bidadari saya ni, saya terfikir, macamana budak ni boleh jadi baik sangat ya? Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya jawapan pada Solat Jemaah. Dulu kami jarang solat jemaah. Masing-masing, kalau tak sependapat kira nak gaduh je. Saya pun Ego jugak, kira nak betul kita je kan. Tapi bila dah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik-baik. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ni memang power!

KEAJAIBAN SOLAT JEMAAH

Ada beberapa concept yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara basic nya ialah, lelaki ni dia nak Di HORMATI. Manakala wanita pula dia nak di SAYANGI. Apa yang terjadi pada ramai pasangan. Diorang expect dapat benda2 itu dari pasangan mereka dulu.

Artikel Berkaitan Nasihat Doktor Untuk Elak Kaanseer, Inilah 9 Makanan Paling Wajar Dikurangkan
Maksudnya, “kalau u sayang i, i hormat u”. Macamtu jugak lah pada lelaki. U hormat i, i sayang u. Sebenarnya, the key is kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatic!

Dan yang bestnya, benda ni ada dalam SOLAT JEMAAH. Bila solat jemaah, automatic sense of HORMAT pada suami tu akan terbentuk dalam jiwa isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa2 hajat pun semua isteri amin kan. Maka dua-dua ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai kejayaan dan matlamat kalau sama-sama berdoa ni.

CUBA DULU SELAMA 40 HARI…

The cycle will continue, bila suami dihormati, dia automatic akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila dicintai automatic timbul rasa hormat. Begitu lah seterusnya kitaran emosi dalam perkahwinan, sebab Solat Jemaah. Jadi, kalau ada pasangan yang asyik-asyik nak gaduh, asyik-asyik tak sependapat, asyik-asyik suami nak marah. Ajak dia solat Jemaah. Susah lah kalau dah solat Jemaah hari-hari, nak gaduh jugak. Tak percaya cuba dulu 40 hari.

PENUTUP

Bila kasih sayang ada dalam rumah, rahmat Allah tu turun mencurah-mencurah. Allah Redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah- limpah Allah turunkan InsyaAllah. Paling bagus pergi masjid bawak anak-anak sekali. Tapi kalau sibuk sangat mulakan di rumah dulu Subuh, Maghrib, Isya. Yela, waktu lain masing-msing dah busy dengan urusan masing-masing kan. Waktu ni lah nak berkumpul family pun.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini