ʜᴜᴋᴜᴍ ᴅᴀɴ ʜɪᴋᴍᴀʜ ʙᴇʀᴋᴀʜᴡɪɴ.. ʙᴜᴋᴀɴ ꜱᴇᴋᴀᴅᴀʀ ᴍᴇɴᴅᴀᴘᴀᴛᴋᴀɴ ᴢᴜʀɪᴀᴛ & “ᴋᴇᴘᴜᴀꜱᴀɴ” ᴛᴀᴘɪ ʟᴇʙɪʜ ᴅᴀʀɪ ɪᴛᴜ

Pernikahan adalah ibadah serta penyatuan dua jiwa (serta dua keluarga) dan pasangan kita adalah amanah untuk kita.

Allah menjadikan institusi perkahwinan ini adalah untuk memenuhi tuntutan s3ksu4l manusia dan jalan mendapatkan zuriat.

Terdapat tiga jenis dimensi perkahwinan yang dicatatkan oleh Dr. Abdullah Nasih al-Ulwan dalam kitabnya yang masyhur, Tarbiyah al-Awlad fi al-Islam; iaitu perkahwinan adalah fitrah manusia, kepentingan dalam masyar4kat dan perkahwinan juga penyucian dan pemilihan hati.

hukvm asal perkahwinan adalah harus mengikut Mazhab Syafii. Namun para fuqaha menjelaskan hukvm berkahwin berbeza mengikut keadaan seseorang.

hukvm berkahwin boleh jatuh kepada 4ram, jika berkahwin hanya dengan niat untuk menz4limi pasangannya.

Jika sudah berkemampuan pula tetapi takut buat perkara mungk4r, hukvm berkahwinnya sudah sampai kepada tahap wajib.

Jika seseorang berkeinginan tetapi masih terpelihara daripada perkara keji jika tidak berkahwin, maka hukvm untuk dia berkahwin adalah sunat.

Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud,“”Wahai sekalian remaja, siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kem4luan. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangi n4fsunya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di bawah ini saya titipkan sebahagian perkongsian tentang perkahwinan melalui Majalah Solusi dan al-Ustaz.

Apakah di sebalik makna pernikahan?

Nikah menurut bahasa ialah bertemu, berkumpul dan bercampur.

Menurut istilah syar4k pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetvbuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Antara makna di sebalik pernikahan ini:

– Mendekatkan diri kepada Allah

Pasangan adalah cermin diri kita. Perlu saling minta dan memberi nasihat. Bertakwa dan berdoalah agar amanah dan cinta kita ini berlanjutan hingga ke akh1r4t.

– Melahirkan sakinah, mawaddah dan rahmah.

Sakinah adalah ketenangan di antara dua jiwa. Mawaddah pula adalah kasih, maddiah (berbentuk material), bukan beerti harus mewah, namun saling menghadiahkan dan menggembirakan dengan sesuatu yang disukai dan disenangi pasangan.

Manakala rahmah pula adalah rahmat, kurnia, kasih sayang seperti kepercayaan dan perhatian yang mendalam.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah ar-Ruum ayat 21)

Hikmah perkahwinan

– Sunnah para Nabi dan Rasul

Dalam kesungguhan beribadah dan kesibukan menguruskan umat dan negara, mereka tetap berkahwin dan dapat menjaga keluarga.

– Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram

Dengan adanya ikatan kasih dan sayang, hidup berpasangan akan menjadikan diri kita aman dan tenteram.

– Memelihara iman (penghalang m4ksiat)

Dengan berkahwin, dapat menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan serta n4fsu seseorang.

Perkahwinan mampu menjadi benteng kerana kita akan cuba menjauhi f1tn4h, mengawal n4fsu diri dan menjaga hak pasangan kita.

– Mengikis rasa bimbang akan rezeki

Berkahwin tidak akan membuatkan kita miskin. Ada rezeki dan bahagian untuk pasangan dan anak-anak kita kelak.

Ini kerana wujud konsep tolong menolong dan saling berjimat di kalangan pasangan.

Perbaikilah ibadah (doa dan solat dhuha misalnya) serta usaha untuk lebih menambah rezeki.

– Mengembangkan keturunan

Untuk menambahkan lagi zuriat beriman yang akan memakmvrkan bumi Allah.

– Mewujudkan displin

Perkahwinan akan mewujudkan displin dalam sesuatu rumah tangga itu. Tugas dan tanggungjawab akan diagihkan. Semuanya akan menjadi lebih teratur.

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membi4kkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’ ayat 1)

Cabaran pasti saja ada, namun kefahaman dan perhatian terhadap pasangan harus ditambah dengan ilmu untuk melahirkan kasih sayang yang lebih beerti.

Moga keduanya akan saling hormat dan cinta hingga ke akhir hayat serta rumah tangga yang dibina akan disemar4kkan lagi dengan suasana sakinah, mawaddah dan rahmah.

Insya-Allah, Ameen.

Sumber : Iluvislam

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini